Penglibatan Remaja dalam Penyalahgunaan Dadah: Analisis Tahap Perhubungan dengan Rakan Sebaya (Youth Involvement in Drug Abuse: Analysis on the Level of its Relationships with Peers)

  • FAUZIAH IBRAHIM Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • EZARINA ZAKARIA Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstract

Generasi muda merupakan modal insan yang amat penting kepada kesejahteraan dan pembangunan negara. Pergaulan mereka dengan rakan sebaya dalam aktiviti penyalahgunaan dadah telah mengancam keselamatan dan kemakmuran negara, malah menjejaskan perkembangan   sahsiah diri remaja ke alam dewasa. Oleh itu,   kajian ini dijalankan bertujuan untuk menganalisis sejauh mana tahap perhubungan rakan sebaya dalam mempengaruhi keterlibatan remaja dengan aktiviti penyalahgunaan dadah. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan reka bentuk tinjauan keratan- lintang (cross-sectional survey) secara kuantitatif. Seramai 200 orang remaja yang dikenal pasti mempunyai rekod penyalahgunaan dadah berusia lingkungan umur 13-21 tahun telah dipilih sebagai responden kajian melalui persampelan rawak sistematik. Data yang diperoleh telah dianalisis dengan menggunakan ujian deskriptif. Hasil kajian mendapati majoriti (79.5 peratus) remaja yang terlibat dalam kajian ini menunjukkan perhubungan yang sederhana ke tahap yang tinggi (17 peratus) dengan rakan sebaya mereka. Hanya 3.5 peratus daripada mereka menunjukkan perhubungan yang rendah. Hasil kajian memberi implikasi ke arah mewujudkan kempen dan program- program pencegahan dadah dalam kalangan remaja oleh pihak yang berkepentingan dengan menjadikan rakan sebaya yang telah berjaya bebas dadah sebagai agen pelaksana dalam memerangi masalah penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja di Malaysia.

Published
2014-10-01
How to Cite
IBRAHIM, FAUZIAH; ZAKARIA, EZARINA. Penglibatan Remaja dalam Penyalahgunaan Dadah: Analisis Tahap Perhubungan dengan Rakan Sebaya (Youth Involvement in Drug Abuse: Analysis on the Level of its Relationships with Peers). Jurnal Pembangunan Sosial, [S.l.], v. 17, p. 71-85, oct. 2014. ISSN 2600-8165. Available at: <http://e-journal.uum.edu.my/index.php/jps/article/view/15811>. Date accessed: 02 dec. 2021.