Meneroka Pengalaman Penjaga Dewasa Generasi Sandwich terhadap Aspek Sosio-Ekonomi Keluarga (Exploring Sandwich Generation Adult Care Experience in Socio-Economic Aspects of the Family)

  • NORULHUDA SARNON Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan & Jabatan Kerja Sosial Perubatan, Hospital, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • FAUZIAH IBRAHIM Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan & Jabatan Kerja Sosial Perubatan, Hospital, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • MOHD SUHAIMI MOHAMAD Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan & Jabatan Kerja Sosial Perubatan, Hospital, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • NASRUDIN SUBHI Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan & Jabatan Kerja Sosial Perubatan, Hospital, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • KHADIJAH ALAVI Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan & Jabatan Kerja Sosial Perubatan, Hospital, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • CHONG SHEAU TSUEY Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan & Jabatan Kerja Sosial Perubatan, Hospital, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • RAHMAH MOHD AMIN Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan & Jabatan Kerja Sosial Perubatan, Hospital, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • EZARINA ZAKARIA Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan & Jabatan Kerja Sosial Perubatan, Hospital, Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstract

Penjaga generasi Sandwich menyediakan penjagaan informal secara serentak melibatkan orang tua dan anak-anak telah memberi suatu cabaran yang besar khasnya yang berkaitan dengan aspek kewangan keluarga. Oleh itu, artikel ini disediakan bertujuan untuk meneroka pengalaman penjaga dewasa dalam generasi sandwich yang berpendapatan sederhana daripada aspek sosioekonomi keluarga. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan pendekatan grounded theory. Teknik pengumpulan data dilakukan secara temubual mendalam dengan melibatkan seramai 30 orang responden yang terdiri daripada penjaga generasi sandwich. Hasil kajian mendapati aspek kewanganbukan merupakan bebananutamakepadapenjagagenerasi sandwich. Kebanyakan penjaga mengakui bahawa penjagaan generasi sandwich sebagai tidak membebankan, mereka mampu menguruskan kewangan keluarga dengan baik malahan mempunyai sumber kewangan lain yang membantu menambah pendapatan untuk memenuhi perbelanjaan keperluan harian. Hasil kajian memberi implikasi yang positif ke atas penjagaan keluarga dalam kalangan penjaga generasi sandwich yang berpendapatan keluarga yang sederhana.

Published
2014-10-01
How to Cite
SARNON, NORULHUDA et al. Meneroka Pengalaman Penjaga Dewasa Generasi Sandwich terhadap Aspek Sosio-Ekonomi Keluarga (Exploring Sandwich Generation Adult Care Experience in Socio-Economic Aspects of the Family). Jurnal Pembangunan Sosial, [S.l.], v. 17, p. 53-69, oct. 2014. ISSN 2600-8165. Available at: <http://e-journal.uum.edu.my/index.php/jps/article/view/15810>. Date accessed: 02 dec. 2021.