Penganiayaan Kanak-Kanak: Pengalaman Melapor dan Tahap Latihan yang Diterima dalam kalangan Guru-Guru Sekolah (Child Abuse: Experience in Reporting and Level of Training Received among School Teachers)

  • CHAN CHEONG CHONG Pusat Pengajian Pembangunan Sosial Universiti Utara Malaysia
  • ABDULL SUKOR SHAARI Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden, Universiti Utara Malaysia

Abstract

Penganiayaan kanak-kanak adalah masalah sosial yang senantiasa menjadi tanggungjawab utama dalam agensi-agensi kebajikan sosial. Namun, jarang- jarang isu ini diberi perhatian serius dalam sektor pendidikan. Kebanyakan masa dalam sehari bagi seorang kanak-kanak banyak dihabiskan dalam sesi persekolahan. Guru sekolah adalah antara individu yang terdekat dengan kanak-kanak disamping ibu bapa mereka. Maka, guru sekolah boleh memainkan peranan yang besar dari segi mengenalpasti dan menyelamatkan murid-muridnya yang berkemungkinan menjadi mangsa dalam penganiayaan. Kajian ini meninjau pengalaman melapor dan tahap latihan yang pernah diterima oleh guru sekolah berhubung isu penganiayaan kanak-kanak. Seramai 255 guru sekolah telah menjawab soal selidik “Educators and Child Abuse Questionnaire”(Kenny, 2000). Hasil kajian menunjukkan hanya 9% guru pernah membuat laporan rasmi kepada pihak berkuasa. Ramai guru menganggap latihan yang diterima mengenai penganiayaan kanak-kanak sama ada sebelum atau selepas perkhidmatan perguruan adalah tidak memadai. Kekeliruan dan ketidakpastian merupakan halangan utama kepada guru sekolah apabila berdepan dengan mangsa-mangsa penganiayaan yang disyaki. Oleh itu, adalah dicadangkan agar kursus perlindungan kanak-kanak perlu diwajibkan kepada kesemua pelatih perguruan di Maktab Perguruan. Hal ini demikian agar guru-guru upaya mengendalikan sebarang kes penganiayaan dalam kalangan anak muridnya secara berkesan.

Published
2014-10-01
How to Cite
CHONG, CHAN CHEONG; SHAARI, ABDULL SUKOR. Penganiayaan Kanak-Kanak: Pengalaman Melapor dan Tahap Latihan yang Diterima dalam kalangan Guru-Guru Sekolah (Child Abuse: Experience in Reporting and Level of Training Received among School Teachers). Jurnal Pembangunan Sosial, [S.l.], v. 17, p. 39-51, oct. 2014. ISSN 2600-8165. Available at: <http://e-journal.uum.edu.my/index.php/jps/article/view/15809>. Date accessed: 02 dec. 2021.