Konsep Syura dalam Pelaksanaan Penilaian Prestasi (Shura Concepts in the Implementation of Performance Appraisal)

  • AB AZIZ YUSOF Kolej Perniagaan, Universiti Utara Malaysia

Abstract

Penilaian berasaskan satu sumber diakui punca kepada pelbagai masalah yang berlaku berkaitan dengan pelaksanaan fungsi penilaian prestasi secara lazim. Justeru, kaedah syura yang dilaksanakan berasaskan konsensus cuba dikemukakan sebagai satu gantian. Kaedah ini melibatkan pandangan pelbagai pihak yang menilai pencapaian kerja pekerja dari pelbagai dimensi sebelum sebarang keputusan pentadbiran dan pembangunan diambil. Kaedah ini mengutamakan persetujuan kolektif dalam menentukan tahap pencapaian kerja pekerja dan tindakan susulan yang bakal diambil. Persetujuan sebegini akan meningkatkan keyakinan pekerja terhadap ketepatan, kesahan, kebolehpercayaan dan keadilan dalam penentuan pengkadaran terhadap pencapaian kerja pekerja. Artikel ini bertujuan untuk meneroka bagaimana kaedah syura mampu mengemukakan penyelesaian terhadap pelbagai masalah yang telah dikenalpasti di sepanjang pelaksanaan penilaian prestasi secara lazim.

Published
2014-10-01
How to Cite
YUSOF, AB AZIZ. Konsep Syura dalam Pelaksanaan Penilaian Prestasi (Shura Concepts in the Implementation of Performance Appraisal). Jurnal Pembangunan Sosial, [S.l.], v. 17, p. 21-37, oct. 2014. ISSN 2600-8165. Available at: <http://e-journal.uum.edu.my/index.php/jps/article/view/15808>. Date accessed: 02 dec. 2021.