Refleksi Sosial: Sorotan terhadap Metodologi Penetapan Hukum Islam (Social Reflection: Highlight on Islamic Jurisprudence Methodology)

  • MOHD AKRAM DATO’ DAHAMAN@DAHLAN Pusat Pengajian Umum, Universiti Utara Malaysia
  • NOOR NAEMAH ABDUL RAHMAN Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Abstract

Secara semulajadi manusia tidak akan lepas lari daripada unsur perubahan dan perbezaan. Perubahan dan perbezaan di dalam kehidupan manusia merangkumi segenap aspek sama ada melibatkan geografi, demografi, politik, ekonomi, perundangan dan juga budaya. Islam melihat hakikat perbezaan dan perubahan yang berlaku membabitkan kehidupan manusia ini sebagai sesuatu yang penting terutama apabila membabitkan persoalan aplikasi ajaran-ajaran Islam oleh penganutnya. Artikel ini bertujuan meneliti metodologi penetapan hukum Islam yang telah diambil di dalam memberi jawapan kepada sesuatu isu hukum dan menghubungkan perbezaan dalam kehidupan sosial manusia dengan pengambilkiraannya terhadap perubahan dan perbezaan hukum. Metod kajian kualitatif yang berbentuk kajian sejarah digunakan dengan memberi penumpuan kepada analisis terhadap kaedah penetapan hukum Islam di sepanjang sejarah hukum Islam melalui zaman Nabi Muhammad SAW, sahabat, tabiin, imam mujtahidin dan zaman kini. Hasilnya, dilihat bahawa kaedah penetapan hukum Islam telah berinteraksi dengan baik terhadap perubahan dan perbezaan hidup manusia bagi memberi jawapan kepada permasalahan yang berlaku. Kajian ini akhirnya dapat menjelaskan kewujudan refleksi sosial dan hubungan timbal balik antara urusan keagamaan dan kehidupan masyarakat manusia di dalam metode penetapan hukum Islam seterusnya membuktikan bahawa Islam melalui hukum-hukumnya tidak rigid dan statik, malah sesuai dipraktikkan merentasi masa, tempat dan keadaan masyarakat manusia.

Published
2014-10-01
How to Cite
DATO’ DAHAMAN@DAHLAN, MOHD AKRAM; ABDUL RAHMAN, NOOR NAEMAH. Refleksi Sosial: Sorotan terhadap Metodologi Penetapan Hukum Islam (Social Reflection: Highlight on Islamic Jurisprudence Methodology). Jurnal Pembangunan Sosial, [S.l.], v. 17, p. 1-20, oct. 2014. ISSN 2600-8165. Available at: <http://e-journal.uum.edu.my/index.php/jps/article/view/15806>. Date accessed: 19 jan. 2022.