Sorotan Sejarah Latihan Pekerja Kebajikan Sosial

  • FUZIAH SHAFFIE UUM College of Arts and Sciences Universiti Utara Malaysia

Abstract

Pengurusan program-program kebajikan tentunya memerlukan personel yang berkemahiran. Pekerja sosial dan juga tenaga pengajarnya yang berada di mana sahaja, termasuk di Tanah Melayu, memerlukan latihan serta kelayakan yang sewajarnya. Midgley (1997) menegaskan bahawa tiada model universal bagi pendidikan kerja sosial. Analisis terhadap dokumen yang terdapat di arkib bagi tempoh 1946-57, menunjukkan terdapatnya kepelbagaian yang amat ketara dalam bidang kebajikan sosial dalam aspek pengambilan dan latihan pekerja sosial, termasuklah kaedah-kaedah pembiayaan latihan. Makalah ini mengulas sebahagian daripada kepelbagaian ini, khususnya latihan pekerja kebajikan sosial kanak-kanak yang dibincangkan dalam Child and Youth Welfare Sub-Committee (CYWSC). Analisis dokumen arkib menunjukkan bahawa adalah sangat perlu bagi pekerja sosial untuk mengkaji konteks dan situasi tempatan, memahami nilai-nilai masyarakat setempat, masalah- masalah yang mereka hadapi dan institusi-institusi kebajikan tempatan dalam menjalani latihan sebagai seorang pekerja kebajikan sosial.

Published
2012-10-01
How to Cite
SHAFFIE, FUZIAH. Sorotan Sejarah Latihan Pekerja Kebajikan Sosial. Jurnal Pembangunan Sosial, [S.l.], v. 15, p. 99-110, oct. 2012. ISSN 2600-8165. Available at: <http://e-journal.uum.edu.my/index.php/jps/article/view/15794>. Date accessed: 21 jan. 2022.