Memahami Masalah dan Strategi Adaptasi Ibu Tunggal: Model Pelengkap Berhierarki

  • WAN IBRAHIM WAN AHMAD UUM College of Arts and Sciences Universiti Utara Malaysia
  • ZAINAB ISMAIL Islamic Counseling, Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstract

Akhir-akhir ini banyak perkahwinan berakhir dengan perceraian dan telah mewujudkan keluarga ibu atau bapa tunggal. Anggapan umum keluarga ibu tunggal dikatakan keluarga yang menghadapi banyak masalah, terutama berkaitan emosi, masalah perbelanjaan, penjagaan dan proses sosialisasi anak-anak. Kajian ini dilakukan untuk menganalisis permasalahan ini dan meneroka strategi yang diambil untuk menangani permasalahan ini. Seramai 500 orang ibu tunggal di Kelantan, Terengganu dan Pahang telah dipilih sebagai responden dan ditemubual. Hasil kajian mendapati bahawa, 1) majoriti responden (73.2%) menjadi ibu tunggal disebabkan kematian suami, 2) tahap masalah harian sebahagian besar ibu tunggal adalah sederhana, 3) masalah utama ibu tunggal adalah di sekitar perbelanjaan harian dan penjagaan anak, dan 4) menabung dan memperbaiki pendidikan anak merupakan strategi untuk memperbaiki masa depan keluarga.

Published
2012-10-01
How to Cite
WAN AHMAD, WAN IBRAHIM; ISMAIL, ZAINAB. Memahami Masalah dan Strategi Adaptasi Ibu Tunggal: Model Pelengkap Berhierarki. Jurnal Pembangunan Sosial, [S.l.], v. 15, p. 77-98, oct. 2012. ISSN 2600-8165. Available at: <http://e-journal.uum.edu.my/index.php/jps/article/view/15793>. Date accessed: 21 jan. 2022.