Motivasi Pencapaian Usahawan Melayu: Hubungannya dengan Penghayatan Agama

  • SOLAHUDDIN ABDUL HAMID School of Languages, Civilisation & Philosophy, UUM
  • CHE ZARRINA SA’ARI Department of Akidah & Islamic Thought Academy of Islamic Studies, UM

Abstract

Motivasi merupakan keinginan atau semangat yang kuat bagi mendorong tingkah laku seseorang untuk berusaha mencapai suatu kejayaan. Individu yang mempunyai keinginan pencapaian tinggi (high n Ach) dijangka akan lebih berjaya daripada individu lain. Andaian ini berasaskan kepada teori yang menyatakan bahawa individu berkeinginan pencapaian tinggi diandaikan tidak akan berasa gembira kecuali setelah mendapat kejayaan secara berterusan. Secara psikologi, elemen yang berhubungkait secara langsung dengan tingkah laku ini mungkin timbul secara semula jadi ataupun dibentuk melalui pengalaman seseorang. Walaubagaimanapun, tasawwur Islam menetapkan bahawa keinginan manusia perlu dihadkan dengan berusaha mendorong, mengawal dan memandu motivasi mereka berada di atas landasan agama. Dalam erti kata lain, manusia bebas mencari keperluan hidup tanpa mengira kuantitinya selagi ia tidak bercanggah dengan batasan yang telah ditetapkan oleh Syariat. Justeru, berdasarkan teori dan fakta empirikal, artikel ini cuba menghuraikan hubungan antara motivasi dan penghayatan agama sebagai asas dalam merangka modul pembangunan usahawan yang bersifat sejagat untuk masyarakat Melayu khasnya dan umat Islam umumnya.

Published
2012-10-01
How to Cite
ABDUL HAMID, SOLAHUDDIN; SA’ARI, CHE ZARRINA. Motivasi Pencapaian Usahawan Melayu: Hubungannya dengan Penghayatan Agama. Jurnal Pembangunan Sosial, [S.l.], v. 15, p. 29-45, oct. 2012. ISSN 2600-8165. Available at: <http://e-journal.uum.edu.my/index.php/jps/article/view/15790>. Date accessed: 21 jan. 2022.