Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) dalam Pelaksanaan Perintah Nafkah di Mahkamah Syariah

  • MD ZAWAWI ABU BAKAR Applied Psychology, Social Work and Policy, UUM
  • WAN AB RAHMAN KHUDZRI WAN ABDULLAH College of Arts and Sciences, Universiti Utara Malaysia

Abstract

Makalah ini cuba menjelaskan latar belakang dan bidang kuasa penubuhan Bahagian Sokongan Keluarga (BSK), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM). Penubuhan BSK di Malasia ekoran ketidakpuasan hati klien terutamanya dalam kalangan isteri dan anak-anak berhubung pelaksanaan perintah mahkamah. Masalah ini berlaku kerana kegagalan suami untuk melaksana perintah mahkamah terutamanya berkaitan pembayaran nafkah kepada isteri, bekas isteri dan anak-anak. Justeru, dengan dana yang diberi kerajaan dan bidang kuasa perundangan, BSK telah ditubuhkan bagi menangani permasalahan ini. Namun demikian, kajian yang dilakukan mendapati BSK yang baru ditubuhkan ini masih berdepan dengan kekangan dan beberapa kelemahan yang mesti di atasi terlebih dahulu dalam menjayakan objektif penubuhannya iaitu menangani isu perlaksanaan perintah mahkamah.

Published
2012-10-01
How to Cite
ABU BAKAR, MD ZAWAWI; WAN ABDULLAH, WAN AB RAHMAN KHUDZRI. Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) dalam Pelaksanaan Perintah Nafkah di Mahkamah Syariah. Jurnal Pembangunan Sosial, [S.l.], v. 15, p. 17-28, oct. 2012. ISSN 2600-8165. Available at: <http://e-journal.uum.edu.my/index.php/jps/article/view/15788>. Date accessed: 21 jan. 2022.