PENDAPATAN BUKAN PADI BANTU PESAWAH KELUAR DARIPADA KEMISKINAN LEBIH CEPAT

Main Article Content

Siti Hadijah Che Mat
Salmah Sathiman
Fatimah Hamid

Abstract

mempunyai pendapatan yang rendah. Justeru, kerajaan mencadangkan agar mereka terlibat dalam aktiviti ekonomi tambahan yang dapat memberikan pulangan yang tinggi. Sehubungan itu, objektif artikel ini adalah untuk mengetahui struktur pendapatan pesawah dan aktiviti ekonomi yang berjaya meningkatkan pendapatan pesawah serta tempoh masa yang dapat disingkatkan sekiranya pesawah mempunyai pendapatan lain selain daripada pendapatan padi. Sampel kajian ialah pesawah di IADA KETARA. Soal selidik telah diedarkan kepada 353 orang pesawah. Kajian mendapati majoriti pesawah (83.3%) berada dalam kategori B40. Hanya 16.4% dalam kategori M40 serta hanya seorang dalam kategori T20. Seramai 64.6% pesawah terlibat dalam aktiviti ekonomi lain selain padi bagi meningkatkan pendapatan.  Keputusan kajian juga mendapati pesawah yang terlibat dalam pelbagai aktiviti ekonomi tambahan yang lain lebih cepat untuk keluar daripada kepompong kemiskinan berbanding dengan mereka yang tidak mempunyai pendapatan daripada sumber aktiviti tambahan yang lain. Sebagai contoh, jika pertumbuhan pendapatan pesawah adalah sebanyak 5%, purata masa yang diambil untuk keluar daripada kepompong kemiskinan bagi mereka yang miskin adalah selama 14.10 tahun sekiranya mereka memiliki pendapatan daripada sumber padi sahaja manakala masa yang diperlukan adalah lebih pendek iaitu 7.82 tahun bagi mereka yang mempunyai sumber pendapatan padi dan bukan padi. Bagi pesawah yang mempunyai pendapatan padi dan pendapatan bukan padi, mereka dijangka dapat menjimatkan masa untuk bebas daripada kemiskinan selama 6.28 tahun (14.10 tahun tolak 7.82 tahun) berbanding dengan mereka yang tidak  mempunyai pendapatan daripada sumber bukan padi.  Peningkatan produktiviti melalui pengembelingan tenaga muda dan penggunaan teknologi serta penglibatan aktif pihak kerajaan dan swasta adalah perlu bagi meningkatkan pendapatan dan kesejahteraan petani padi.


Received 15 September 19. Revised 9 January 20. Accepted 10 January 20.

Metrics

Metrics Loading ...

Article Details

How to Cite
Che Mat, S. H., Sathiman, S., & Hamid, F. (2020). PENDAPATAN BUKAN PADI BANTU PESAWAH KELUAR DARIPADA KEMISKINAN LEBIH CEPAT. Journal of Economics and Sustainability, 2(2), 13. Retrieved from https://e-journal.uum.edu.my/index.php/jes/article/view/12559
Section
Articles