RENTAS: Jurnal Bahasa, Sastera dan Budaya merupakan satu inisiatif Unit Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu, Jabatan Pengajian Bahasa, SLCP untuk menyemarakkan kegiatan penulisan ilmiah berimpak tinggi. Kehadiran RENTAS diharap dapat membuka ruang kepada para cendekiawan dan para pelajar (khususnya pelajar pascasiswazah) untuk bersama-sama menyebarluaskan hasil penyelidikan berkaitan pengurusan isu-isu bahasa, sastera, dan budaya dalam lingkungan dunia Austronesia dan Malayonesia, selari dengan bidang tujahan UUM, iaitu universiti pengurusan terkemuka.

_____________________________________________________________________________________________________________

 

Panggilan Makalah Jil. 3 Bil. 1 2024

2023-06-05

RENTAS: Jurnal Bahasa, Sastera dan Budaya ialah jurnal yang merentasi ketiga-tiga bidang, iaitu bahasa, sastera dan budaya yang memberi tumpuan kepada aspek isu pengurusan bahasa berkaitan ketiga-tiga bidang tersebut, dalam rumpun Austronesia dan Malayonesia.  RENTAS memberi tumpuan kepada isu kontemporari berkaitan perancangan taraf dan korpus, pemartabatan, pengantarabangsaan, dan kemanusiaan digital berkaitan bahasa, sastera dan budaya.

RENTAS mengalu-alukan penghantaran manuskrip berkualiti dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris yang memberi perhatian kepada penyelidikan sinergi ilmu dan bersifat inovasi, serta refleks kepada isu tumpuan.

Maklumat Am:

1) Tiada sebarang yuran dikenakan bagi penerbitan jurnal ini;
2) Proses pewasitan dijalankan secara double blind review;
3) Makalah boleh ditulis menggunakan bahasa Melayu atau Inggeris

TARIKH AKHIR SERAHAN MAKALAH: 31 DIS 2023

 

 

Garis Panduan dan Templat Penulisan Makalah

Muat Turun Poster

Laman FB Rentas

Vol. 2 No. 1 (2023): RENTAS: Jurnal Bahasa, Sastera dan Budaya

View All Issues