Penguasaan Semasa E-Kemahiran dalam Kalangan Pelajar UUM: Cabaran Dalam Era IR4.0

Present Mastery of E-Skill Among UUM Students: Challenges in IR4.0 Era

Authors

  • Wan Hussain Wan Ishak Pusat Pengajian Pengkomputeran, Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah, Malaysia
  • Fadhilah Mat Yamin Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik, Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.32890/jbma2020.10.1.2

Keywords:

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), E-Kemahiran, Kemahiran ICT, Revolusi Industri 4.0

Abstract

E-kemahiran merupakan salah satu aset penting yang perlu ada pada setiap graduan yang bakal memasuki dunia pekerjaan. Ini seiring dengan cabaran dan keperluan bagi mengguna pakai teknologi terkini dalam pengurusan dan operasi di industri akibat daripada letusan revolusi industri 4.0 (IR4.0). Ini kerana IR4.0 memerlukan tenaga kerja berpengetahuan dan berkemahiran sebagai penggerak utamanya. Kertas kerja ini membincangkan kajian kes penguasaan e-kemahiran yang telah dijalankan ke atas sekumpulan pelajar tahun akhir di Universiti Utara Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan pelajar amat sedar akan kepentingan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pembelajaran dan kerjaya mereka. Walau bagaimanapun, ujian praktikal yang dijalankan menunjukkan tahap penguasaan ICT pelajar masih di peringkat sederhana. Justeru, pelajar perlu mengenal pasti kelemahan mereka dan meningkatkan kemahiran sebelum memasuki pasaran kerja.

Metrics

Metrics Loading ...

Downloads

Published

30-06-2020

How to Cite

Wan Ishak, W. H., & Mat Yamin, F. (2020). Penguasaan Semasa E-Kemahiran dalam Kalangan Pelajar UUM: Cabaran Dalam Era IR4.0: Present Mastery of E-Skill Among UUM Students: Challenges in IR4.0 Era. Journal of Business Management and Accounting, 10(1), 29–45. https://doi.org/10.32890/jbma2020.10.1.2

Issue

Section

Articles