KESAN INTEGRASI KELAKUAN KUMPULAN PENGURUSAN ATASAN KE ATAS KETANGKASAN ORGANISASI DI MALAYSIA: KAPASITI PENYERAPAN SEBAGAI PEMBOLEH UBAH PENGANTARA (The Effects of Top Management Team Behavioural Integration on Organisational Agility in Malaysia: Absorp

  • Khairul Naziya Kasim Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Sofiah Md Auzair Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Amizawati Mohd Amir Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Nor Liza Abdullah Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kesan langsung dan tak langsung yang dimiliki oleh integrasi kelakuan kumpulan pengurusan atasan (KPA) ke atas dua keupayaan dinamik firma iaitu keupayaan pembelajaran dengan keupayaan konfigurasi semula, yang kedua-duanya diterjemahkan melalui pemboleh ubah kapasiti penyerapan dan ketangkasan organisasi. Analisis Partial Least Square ke atas maklum balas soal selidik daripada 159 buah firma perkilangan bersaiz besar dan sederhana di Malaysia menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara integrasi kelakuan KPA dan kedua-dua kapasiti penyerapan serta ketangkasan organisasi. Hasil analisis juga menyokong hipotesis bagi hubungan tak langsung antara integrasi kelakuan KPA dan ketangkasan organisasi dengan kapasiti penyerapan sebagai faktor pengantara. Penemuan kajian ini menggesa KPA agar menonjolkan sikap yang mementingkan tingkah laku berkolaboratif, pertukaran maklumat yang berkualiti dan pembuatan keputusan secara bersama kerana ketiga-tiga aspek ini didapati secara kolektif memberi kesan yang positif kepada keupayaan dinamik firma. Dapatan kajian ini turut memberi isyarat kepada pengurusan atasan kepentingan untuk memastikan ketiga-tiga ciri ini dimiliki oleh calon yang bakal dipilih sebagai ahli KPA. Hasil kajian ini juga mampu menjadi titik rujuk kepada kajian lanjut yang dijalankan secara kualitatif yang dijangka dapat menyediakan gambaran lebih jelas mengenai peranan KPA dalam pembangunan keupayaan dinamik firma di Malaysia.


Abstract


This study was conducted to examine the direct and indirect effects of top management team (TMT) behavioural integration on two dynamic capabilities, that is, the learning capability and reconfiguration capability which have been translated through the absorptive capacity and organisational agility. The Partial Least Square analysis on the survey responses from 159 large- and medium-sized manufacturing firms in Malaysia shows that there are significant positive relationships between the TMT behavioural integration and both the absorptive capacity and organisational agility. The analysis results also support the hypothesis of an indirect relationship between the TMT behavioural integration and organisational agility with absorptive capacity as the mediator. The findings reveal the need for the TMT to emphasise collaborative behaviour, quality information exchange and collective decision-making as the three aspects are collectively found to have positive impacts on the firm's dynamic capabilities. The TMT also has to ensure that the candidates selected as its team members must have these characteristics. The results of the study can also be a reference point for qualitative studies conducted which can provide a clearer picture of the role of TMT in the development of dynamic capabilities of firms in Malaysia.

Keywords: Top management team behavioural integration, absorptive capacity, organisational agility, dynamic capabilities of firms, Malaysia.

Published
2021-01-27
How to Cite
KASIM, Khairul Naziya et al. KESAN INTEGRASI KELAKUAN KUMPULAN PENGURUSAN ATASAN KE ATAS KETANGKASAN ORGANISASI DI MALAYSIA: KAPASITI PENYERAPAN SEBAGAI PEMBOLEH UBAH PENGANTARA (The Effects of Top Management Team Behavioural Integration on Organisational Agility in Malaysia: Absorp. International Journal of Management Studies, [S.l.], v. 28, n. 1, p. 141-186, jan. 2021. ISSN 2180-2467. Available at: <http://e-journal.uum.edu.my/index.php/ijms/article/view/ijms.28.1.2021.11005>. Date accessed: 16 apr. 2021. doi: https://doi.org/10.32890/ijms.28.1.2021.11005.