JANGKA MASA PELAKSANAAN PEMBUATAN LEAN MEMPENGARUHI PRESTASI ORGANISASI: ANALISIS SYARIKAT PEMBUATAN DI MALAYSIA MENGGUNAKAN MODEL RASCH (TIME FRAME OF LEAN MANUFACTURING IMPLEMENTATION AFFECTS ORGANISATIONAL PERFORMANCE: AN ANALYSIS ON MANUFACTURING COM

Authors

  • Mohd Norhasni Mohd Asaad Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik , Universiti Utara Malaysia
  • Rosman Iteng Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik , Universiti Utara Malaysia
  • Rohaizah Saad Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik , Universiti Utara Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.32890/ijms.26.1.2019.10516

Keywords:

Lean manufacturing, organisational performance, Rasch Model

Abstract

Pasaran global hari ini memerlukan strategi pembuatan baru untuk meningkatkan kecekapan dan pembuatan. Matlamat utama industri perkilangan hari ini ialah untuk meningkatkan produktiviti melalui pemudahan sistem, potensi organisasi dan penambahbaikan berterusan dengan menggunakan teknik canggih seperti sistem pembuatan lean. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat secara khusus sama ada jangka masa pelaksanaan lean mempengaruhi prestasi organisasi dengan  menggunakan penganalisisan Model Rasch. Kajian ini menggunakan dua ratus lima syarikat pembuatan, yang dipilih secara rawak dari direktori Pengilang Persekutuan Malaysia. Kajian ini mengukur persepsi eksekutif kanan atau para pengurus mengenai tahap pelaksanaan pembuatan lean di syarikat mereka. Hasil kajian mendapati jangka masa tahun pelaksanaan lean tidak mempengaruhi secara terus terhadap pencapaian prestasi organisasi. Selain itu, cabaran yang paling sukar dihadapi syarikat dalam melaksanakan pembuatan lean ialah berkaitan membina program pembangunan pembekal yang sistematik. Dapatan kajian ini akan memberi panduan yang bermanfaat bagi para pengurus untuk merancang dan mengekalkan pembuatan lean dalam organisasi mereka serta menjana langkah-langkah baru untuk meningkatkan prestasi organisasi supaya dapat berdaya saing.     Kata kunci:  Pembuatan lean, prestasi organisasi, Model Rasch.   

 

Abstract   Today’s global market requires new manufacturing strategies to enhance efficiency and manufacturing. The main aim of today’s manufacturing industry is to increase productivity through systems facilitation, organisational potential and continuous improvement using state-of-the art techniques such as lean manufacturing system. The aim of this study is to specifically examine whether the time frame of lean implementation affects organisational performance using the Rasch Model analysis. This study employed 205 manufacturing companies, which were randomly selected from the directory of the Federation of Malaysian Manufacturers. This study measured the perception of senior executives or managers concerning the implementation level of lean manufacturing in their companies. Results of the study showed that the year period of lean implementation did not directly affect achievement in organisational performance. Besides, the most difficult challenge faced by companies which implemented lean manufacturing was related to building a systematic supplier development program. Findings of this study will serve as a beneficial guide for managers in planning and sustaining lean manufacturing in their organisation including generating new measures to improve organisational performance in order to be competitive.     Keywords: Lean manufacturing, organisational performance, Rasch Model.

Metrics

Metrics Loading ...

Additional Files

Published

31-01-2020

How to Cite

Mohd Asaad, M. N., Iteng, R., & Saad, R. (2020). JANGKA MASA PELAKSANAAN PEMBUATAN LEAN MEMPENGARUHI PRESTASI ORGANISASI: ANALISIS SYARIKAT PEMBUATAN DI MALAYSIA MENGGUNAKAN MODEL RASCH (TIME FRAME OF LEAN MANUFACTURING IMPLEMENTATION AFFECTS ORGANISATIONAL PERFORMANCE: AN ANALYSIS ON MANUFACTURING COM. International Journal of Management Studies, 26(1), 147–167. https://doi.org/10.32890/ijms.26.1.2019.10516