Kesejahteraan Subjektif Warga Tua di Malaysia: Kes Warga Tua Desa Kelantan

Authors

  • Wan Ibrahim Wan Ahmad College of Arts and Sciences Universiti Utara Malaysia
  • Ma’rof Redzuan Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia
  • Zahid Emby Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia
  • Abdul Halin Hamid Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia

Abstract

Dalam kepustakaan gerontologi, modal manusia dan modal sosial secara meluas dianggap mempunyai pengaruh yang boleh meningkatkan tahap kesejahteraan warga tua. Oleh itu, objektif kajian ini ialah untuk mengukur sejauh mana tahap kesejahteraan subjektif warga tua desa dipengaruh modal manusia dan modal sosial yang mereka miliki. Untuk mencapai tujuan ini, sejumlah 214 orang warga tua berumur 60 tahun dan lebih di kawasan desa negeri Kelantan telah dipilih sebagai sampel kajian. Data dikumpulkan menggunakan soal selidik yang telah disiapkan terlebih dahulu. Sebanyak 14 pemboleh ubah sosial dan demografi telah dianalisis menggunakan teknik analisi regresi untuk mengenal pasti pengaruh masing-masing ke atas kesejahteraan subjektif warga tua. Hasil kajian menunjukkan pendidikan, pengalaman kerja, perumahan dan hubungan sosial dengan pasangan serta kawan-kawan dan jiran tetangga merupakan pemboleh ubah yang mempunyai pengaruh yang signifikan ke atas kesejahteraan subjektif warga tua di kawasan kajian. Selain itu, hasil kajian juga mengesahkan bahawa pendidikan, pengalaman kerja, perumahan serta hubungan sosial dengan pasangan dan kawan-kawan serta jiran tetangga adalah penting untuk kesejahteraan subjektif warga tua. Gerontologi; warga tua; kesejahteraan; kesejahteraan subjektif.

 

Additional Files

Published

28-12-2009

How to Cite

Wan Ahmad, W. I., Redzuan, M., Emby, Z., & Hamid, A. H. (2009). Kesejahteraan Subjektif Warga Tua di Malaysia: Kes Warga Tua Desa Kelantan. International Journal of Management Studies, 16(2), 63–96. Retrieved from https://e-journal.uum.edu.my/index.php/ijms/article/view/9971