Kepentingan Stesen Kerja Ergonomik Terhadap Kesihatan Pekerjaan: Kajian ke atas Organisasi Multinasional di Malaysia

  • Zafir Mohamed Makhbul Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Durrishah Idrus Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia Universiti Teknologi Malaysia
  • Mat Rebi Abdul Rani Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Universiti Teknologi Malaysia

Abstract

Masalah kesihatan pekerjaan dalam organisasi merupakan isu utama yang perlu dilihat dari sudut ekonomi. Tinjauan literatur menunjukkan bahawa persekitaran stesen kerja yang tidak ergonomik merupakan antara penyebab utama  kepada masalah kesihatan pekerjaan. Oleh itu, penyelidikan ini bertujuan mengkaji perhubungan di antara faktor stesen kerja ergonomik dan kesihatan pekerjaan. Sampel seramai lima ratus operator pengeluaran telah dipilih daripada sebelas organisasi perkilangan elektronik yang berdaftar dengan Malaysian International Chamber of Commerce and Industry (MICCI) dengan menggunakan kaedah persampelan rawak berstrata berkadaran. Kaedah soal selidik telah digunakan dalam proses pengumpulan data kajian ini. Penemuan utama menunjukkan reka bentuk stesen kerja ergonomik merupakan strategi penting dalam meminimumkan masalah kesihatan pekerjaan dalam organisasi. Analisis regresi linear berbilang menunjukkan kedudukan tubuh badan, reka bentuk ruang kerja, pengudaraan, kerja syif dan tempoh masa bekerja signifikan dengan masalah kesihatan pekerjaan. Analisis Korelasi Pearson mengukuhkan kenyataan ini dengan menunjukkan  kesemua faktor stesen kerja ergonomik tersebut mempunyai kekuatan hubungan yang lebih ketara dengan kesihatan pekerjaan

 

Published
2008-12-18
How to Cite
MOHAMED MAKHBUL, Zafir; IDRUS, Durrishah; ABDUL RANI, Mat Rebi. Kepentingan Stesen Kerja Ergonomik Terhadap Kesihatan Pekerjaan: Kajian ke atas Organisasi Multinasional di Malaysia. International Journal of Management Studies, [S.l.], v. 15, n. 2, p. 205-226, dec. 2008. ISSN 2180-2467. Available at: <http://e-journal.uum.edu.my/index.php/ijms/article/view/9884>. Date accessed: 16 july 2020.