Keusahawanan Peladang Di Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada): Kajian Dari Sudut Pendekatan Sikap

  • Mohd Noor Mohd Shariff Kolej Perniagaan Universiti Utara Malaysia

Abstract

Penentuan keusahawanan dari sudut pendekatan orientasi sikap telah dijalankan secara meluas di negara maju. Kajian ini menggunakan pendekatan orientasi sikap dalam menentukan keusahawanan di kalangan peladang di Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA). Sampel kajian adalah terdiri daripada 74 peladang yang mendapat bimbingan keusahawanan dan 126 peladang yang tidak mendapat bimbingan keusahawan daripada pihak MADA. Alat skala Orientasi Sikap Keusahawanan (EAO) telah digunakan terhadap kedua-dua kumpulan responden bagi menentukan kesahan diskriminan (discriminant validity). Hasil kajian mendapati terdapat perbezaan yang signifikan di antara kedua-dua kumpulan tersebut bagi empat sub-skala EAO (kawalan personal, penghargaan diri, inovasi, pencapaian); di mana semua sub-skala di masukkan dalam fungsi stepwise discriminant kecuali inovasi. Beberapa cadangan dikemukakan untuk pihak MADA meningkatkan lagi sikap keusahawanan di kalangan peladang.

 

Published
2020-05-17
How to Cite
MOHD SHARIFF, Mohd Noor. Keusahawanan Peladang Di Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada): Kajian Dari Sudut Pendekatan Sikap. International Journal of Management Studies, [S.l.], v. 15, n. 1, p. 161-180, may 2020. ISSN 2180-2467. Available at: <http://e-journal.uum.edu.my/index.php/ijms/article/view/9872>. Date accessed: 07 june 2020.