Pemodelan Regresi antara Kemalangan Jalan Raya Dengan Isipadu Trafik, Persimpangan, Lampu Isyarat dan Waktu Kejadian

Authors

  • Rohaiza Zakaria Fakulti Sains Kuantitatif Universiti Utara Malaysia
  • Yuhaniz Ahmad Fakulti Sains Kuantitatif Universiti Utara Malaysia

Keywords:

Kemalangan jalan raya, isipadu trafik, persimpangan, lampu isyarat, waktu kejadian dan regresi Binomial Negatif

Abstract

Kajian ini membincangkan hubung kait antara bilangan kemalangan jalan raya di sebuah daerah di Negeri Kedah, Malaysia dengan isipadu trafik, persimpangan, lampu isyarat dan waktu kejadian. Jenis jalan bersimpang yang dipertimbangkan dalam kajian ini adalah simpang tiga dan simpang empat, sama ada yang berlampu isyarat atau tidak. Manakala waktu kejadian merujuk kepada waktu sibuk dan waktu tidak sibuk. Ujian nisbah kebolehjadian membuktikan bahawa model regresi Binomial Negatif merupakan model terbaik untuk disesuaikan kepada data kemalangan yang ada. Model regresi yang dibentuk merujuk kepada kemalangan yang berlaku di sekitar setiap stesen pengumpulan isipadu trafik dalam daerah kajian.

 

Additional Files

Published

28-12-2007

How to Cite

Zakaria, R., & Ahmad, Y. (2007). Pemodelan Regresi antara Kemalangan Jalan Raya Dengan Isipadu Trafik, Persimpangan, Lampu Isyarat dan Waktu Kejadian. International Journal of Management Studies, 14(2), 113–125. Retrieved from https://e-journal.uum.edu.my/index.php/ijms/article/view/9847