Modal Sosial dalam Mempertingkat Daya Saing Firma Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)

Authors

  • Noorasiah Sulaiman Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Mohd Nasir Mohd Saukani Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

Modal sosial, pengusaha bumiputera Melayu, dan daya saing firma

Abstract

Kajian lepas menunjukkan modal sosial penting terhadap pembangunan firma Perusahaan Kecil Sederhana (PKS). Namun demikian, sejauh mana modal tersebut mempunyai hubungan dengan kejayaan firma masih tidak dibuktikan secara empirik. Berbeza dengan kajian-kajian lain, kajian ini menganalisis modal sosial dan hubungannya dengan tingkat daya saing firma menerusi indikator jaringan modal sosial dan tingkat kecekapan teknik firma. Menggunakan data kajian lapangan terhadap pengusaha bumiputera Melayu sektor pembuatan di Semenanjung Malaysia, hasil kajian menunjukkan modal sosial mempunyai pengaruh penting terhadap tingkat daya saing sesebuah firma.

 

Additional Files

Published

28-12-2007

How to Cite

Sulaiman, N., & Mohd Saukani, M. N. (2007). Modal Sosial dalam Mempertingkat Daya Saing Firma Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). International Journal of Management Studies, 14(2), 93–111. Retrieved from https://e-journal.uum.edu.my/index.php/ijms/article/view/9846