Analisis Kecekapan Teknik Ddlam Industri Skel Kecil dan Sederhana di Malaysia

Authors

  • Zulridah Mohd Noor Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Rahmah Ismail Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

Industri skel kecil dan sederhana, kecekapan teknik dan skel, analisis data envelopment

Abstract

Industri Skel Kecil dan Sederhana (IKS) merangkumi lebih 90% daripada bilangan pertubuhan sektor pembuatan di Malaysia. Oleh itu, industri skel kecil dan sederhana memainkan peranan yang amat besar terutamanya dalam mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk. Kecekapan teknik sektor ini mempunyai pengaruh yang signifikan kepada kecekapan teknik keseluruhan sektor pembuatan. Sering diperkatakan bahawa sektor IKS mempunyai kecekapan yang rendah dibandingkan dengan industri skel besar dan ini mempengaruhi sumbangannya kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang selanjutnya mempengaruhi daya saing negara. Artikel ini bertujuan menganalisis kecekapan teknik 95 firma pembuatan dalam industri skel kecil dan sederhana di Malaysia menggunakan data kaji selidik yang dilakukan pada 1997. Dalam analisis ini prosedur dua-peringkat digunakan. Pada peringkat pertama kecekapan teknik setiap firma dihitung dengan menggunakan metodologi sempadan tak berparameter yang dikenal sebagai Analisis ‘Data Envelopment’. Dalam analisis ini pendekatan berorientasi input pada teknologi pulangan malar ikut skel dan pulangan berubah ikut skel digunakan. Peringkat kedua pula merupakan analisis regresi tertapis (censored) menggunakan model Tobit untuk mengenal pasti penentu kecekapan teknik yang telah dihitung. Hasil kajian ini menunjukkan kebanyakan firma dalam industri skel kecil dan sederhana adalah secara relatif tidak cekap. Kajian juga mendapati semua firma yang tidak cekap tersebut beroperasi di bahagian pulangan meningkat ikut skel. Saiz firma dan tahap penjenteraan mempunyai kesan positif yang signifikan terhadap kecekapan teknik firma.

 

Additional Files

Published

01-06-2007

How to Cite

Mohd Noor, Z., & Ismail, R. (2007). Analisis Kecekapan Teknik Ddlam Industri Skel Kecil dan Sederhana di Malaysia. International Journal of Management Studies, 14(1), 199–218. Retrieved from https://e-journal.uum.edu.my/index.php/ijms/article/view/9826