PENGLIBATAN PELAJAR UNIVERSITI DALAM MEMBANGUNKAN KEMAHIRAN PEMIKIRAN KREATIF MELALUI AKTIVITI KERJA BERPASUKAN (University Students’ Involvement in Developing Creative Thinking Skills through Teamwork Activities)

  • Roshayati Abdul Hamid Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Md Daud Ismail Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstract

Pemikiran kreatif ialah nilai tambah yang ‘wajib’ ada dalam diri pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam menyumbang kepada pembangunan negara yang berinovatif. Pembentukan individu yang mempunyai kemahiran berfikir secara kreatif harus dimulakan seawal pendidikan pra-sekolah dan terus digilap di peringkat universiti. Hampir kesemua IPT di Malaysia telah menjurus kepada membangunkan kemahiran pemikiran kreatif pelajar dalam struktur pembelajaran dan pengajaran melalui kerja berpasukan. Namun demikian, masih kurang kajian yang menguji pengaruh komposisi kerja berpasukan secara spesifik, iaitu personaliti proaktif dan kecerdasan emosi ahli pasukan ke atas pembangunan pemikiran kreatif pelajar. Kajian lepas mendapati bahawa tidak semua kerja berpasukan mampu menghasilkan hasil yang hebat disebabkan kurangnya keserasian antara ahli pasukan. Oleh itu, pasukan yang hebat bukan sahaja perlu memilih ahli yang terbaik tetapi mereka perlu mempunyai komposisi ahli yang sama-sama dapat membangunkan tahap pemikiran kreatif yang tinggi. Setiap ahli pasukan perlu melibatkan diri dalam proses kreatif yang membantu membangunkan kemahiran pemikiran kreatif. Proses ini merangkumi beberapa langkah iaitu mengenal pasti masalah, mencari maklumat dan mengekodkan dan menjana idea dan alternatif dalam penyelesaian masalah. Tujuan kajian ini adalah untuk menguji hubungan antara karakteristik individu dalam komposisi pasukan dan proses kreatif serta menguji sejauh mana proses kreatif dapat membangunkan kemahiran pemikiran kreatif pelajar dalam kerja berpasukan. Sampel kajian ini ialah pelajar daripada enam buah IPT di Malaysia di mana 250 borang kaji selidik (40-50 bagi setiap IPT) telah diedarkan secara atastalian dan data diuji menggunakan perisian SPSS (versi 22). Hasil kajian daripada 242 maklumbalas menunjukkan bahawa personaliti proaktif dan kecerdasan emosi pelajar mempunyai hubungan yang positif dan signifikan dengan penglibatan pelajar dalam proses kreatif. Seterusnya, proses kreatif mempunyai hubungan yang positif dan signifikan dengan pembangunan kemahiran pemikiran kreatif pelajar.


Abstract


Creative thinking is a compulsory added value within students of Malaysian Higher Education Institutions (MHEIs) in contributing to the innovative national development. The development of an individual who has creative thinking skills must begin as early as pre-school education and continue to be practised at the tertiary level. Almost all MHEIs have focused on the development of creative thinking skill among students in the teaching and learning structure through teamwork. Nonetheless, studies that specifically test the influence of teamwork composition, namely proactive personality and emotional intelligence of team members on the development of students’ creative thinking are rather scarce. Previous studies found that not all teamwork is able to produce great outcome due to the fact that there is no chemistry among team members. Thus, great teams not only have to choose the best members but they also need to have a composition of members that can collectively develop high level of creative thinking skills . Every team member must take part in the creative process that facilitates the development of creative thinking skills. This process encompasses several steps of activities namely identifying problems, finding information, coding and generating ideas and alternatives in problem-solving. The purpose of this study is to test the relationship between individual characteristics in team composition and creative process as well as to the extent of which the creative process can develop students’ creative thinking skills in teamwork. The study sample comprises 250 students from six Malaysian HEIs (40-50 questionnaires per HEI) with the questionnaires distributed online. The data from 242 respondents were tested using SPSS software (version 22). The findings of the study reveal that there was a positive and significant relationship between the proactive personality and emotional intelligence of the students and the students’ involvement in the creativity process. There was also a positive and significant relationship between the creativity process and the development of creative thinking skills.


Keywords: Proactive personality, emotional intelligence, creative process, creative thinking skills, Malaysian higher education institutions, student.

Published
2020-10-11
How to Cite
ABDUL HAMID, Roshayati; ISMAIL, Md Daud. PENGLIBATAN PELAJAR UNIVERSITI DALAM MEMBANGUNKAN KEMAHIRAN PEMIKIRAN KREATIF MELALUI AKTIVITI KERJA BERPASUKAN (University Students’ Involvement in Developing Creative Thinking Skills through Teamwork Activities). International Journal of Management Studies, [S.l.], v. 27, n. 2, p. 133-159, oct. 2020. ISSN 2180-2467. Available at: <http://e-journal.uum.edu.my/index.php/ijms/article/view/ijms.27.2.2020.9460>. Date accessed: 15 apr. 2021. doi: https://doi.org/10.32890/ijms.27.2.2020.9460.