Hubungan Tabungan-Pelaburan dan Analisis Mobiliti Modal

Authors

  • Azmafazilah Jauhari Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Nafisah Mohammed Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

Hubungan Tabungan-Pelaburan, Model OLG dan Vector Error Correction Mechanism

Abstract

Artikel ini mengkaji hubungan antara tabungan dengan pelaburan bagi beberapa buah negara Asia. Hubungan tersebut seterusnya menjadi pengukur darjah mobiliti modal antarabangsa bagi negara-negara tersebut. Analisis mobiliti modal adalah penting kerana ianya memberi implikasi penting terhadap program pembangunan ekonomi kebanyakan negara Asia, terutamanya Negara Sedang Membangun melalui pembolehubah makroekonomi, seperti pelaburan dan juga tabungan. Kajian ini menggunakanmodel makroekonomi Overlapping Generation (OLG) sebagai kerangka teori, iaitu mengandaikan mobiliti modal adalah sempurna. Analisis kajian melibatkan pengujian hubungan jangka pendek dan jangka panjang di antara tabungan dan pelaburan tempatan. Bagi tujuan tersebut, kajian ini mengaplikasikan model vektor pembetulan ralat atau Vector Error Correction Mechanism (VECM) dan fungsi impulse responses. Kajian ini merangkumi data tahunan bagi 13 buah negara Asia di antara tahun 1960 sehingga 2000. Keputusan berikut telah diperoleh: Pertama, wujud kointegrasi antara kadartabungan dan pelaburan hanya bagi negara China, Filipina, Korea, Malaysia,Pakistan dan Singapura. Kedua, kadar pertumbuhan pelaburan menyebabkanpertumbuhan dalam pelaburan bagi negara Filipina dan Singapura.Sebaliknya, bagi negara China dan Indonesia pertumbuhan dalam tabungancenderung untuk menyebabkan peningkatan dalam pelaburan. Ketiga, terdapat aliran penyebab dalam kedua-dua arah bagi negara Jepun, Korea dan Myanmar. Di akhir kajian ini, satu rumusan serta implikasi dasar telah dibincangkan.

 

Additional Files

Published

29-06-2005

How to Cite

Jauhari, A., & Mohammed, N. (2005). Hubungan Tabungan-Pelaburan dan Analisis Mobiliti Modal. International Journal of Management Studies, 12(1), 205–233. Retrieved from https://e-journal.uum.edu.my/index.php/ijms/article/view/9206