Perbandingan antara Tabung Perniagaan Kecil Seliaan Kerajan dan Pinjaman Biasa Dari Perspektif Pegawai Bank

Authors

  • Yusnidah Ibrahim Fakulti Kewangan dan Perbankan Universiti Utara Malaysia
  • Mohd Sobri Minai Fakulti Teknologi Maklumat Universiti Utara Malaysia

Keywords:

Industri Kecil dan Sederhana, Keputusan Pemberian Pinjaman, Tabung Perniagaan Kecil Seliaan Kerajaan

Abstract

Pelbagai tabung telah dilancar oleh kerajaan dan disalur melalui beberapa institusi kewangan untuk menangani masalah kekurangan modal di kalanganpengusaha-pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS). Salah satu daripadainstitusi perlaksana yang memainkan peranan penting dalam penyalurantabung peniagaan kecil selian kerajaan (TPKSK) ialah bank perdagangan.Kejayaan bank-bank perdagangan ini bergantung antara lainnya kepada ciriciritertentu individu-individu yang terlibat secara langsung dengan tugastugaspemberian pinjaman. Artikel ini membentangkan dapatan-dapatankajian mengenai persepsi pegawai-pegawai bank terhadap aspek-aspek tertentuTPKSK berbanding dengan pinjamam biasa. Aspek yang diteliti meliputitahap kesukaran pengurusan, tahap keuntungan, kecenderungan untukmenjadi pinjaman bermasalah dan tahap penyumbangan kepada kenaikanpangkat. Ia juga mengkaji pandangan umum tentang keperluan kepada tabungperniagaan kecil selia kerajaan TPKSK, pentingnya peranan bank perdagangandalam penyaluran tabung dan sama ada perlaksanaan tabung inimembebankan pihak bank. Perbezaan pendapat antara pengurus cawangandengan pegawai kredit dan antara pegawai bank di luar bandar dengan pegawaibank di bandar juga dilaksanakan untuk membolehkan rumusan yang lebihterperinci dilakukan.

 

Additional Files

Published

29-06-2005

How to Cite

Ibrahim, Y., & Minai, M. S. (2005). Perbandingan antara Tabung Perniagaan Kecil Seliaan Kerajan dan Pinjaman Biasa Dari Perspektif Pegawai Bank. International Journal of Management Studies, 12(1), 189–204. Retrieved from https://e-journal.uum.edu.my/index.php/ijms/article/view/9204