Analisis SWOT Komunikasi Pemasaran Bersepadu: Satu Kajian Kes

Authors

  • Sany Sanuri Mohd Mokhtar Fakulti Pengurusan Perniagaan Universiti Utara Malaysia
  • Zahari Mohamed Fakulti Pengurusan Perniagaan Universiti Utara Malaysia
  • Mohd Rizal Razalli Fakulti Pengurusan Teknologi Universiti Utara Malaysia
  • Rozita Arshad Fakulti Pengurusan Awam dan Undang-Undang Universiti Utara Malaysia

Abstract

Artikel ini menganalisa kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman kepada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA). Organisasi FAMA Negeri Kedah telah dipilih sebagai responden dalam kajian kes ini. Hasil penganalisaan mendapati pengurusan komunikasi pemasaran FAMA Kedah boleh dipertingkatkan lagi. Terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh FAMA Negeri Kedah dalam menguruskan aktiviti-aktiviti promosi atau komunikasi pemasaran di negeri ini. Masalah-masalah yang telah dikenal pasti ialah amalan komunikasi pemasaran yang kurang berkesan, kesukaran menembusi pasaraya-pasaraya utama, bekalan dan kualiti produk yang tidak seragam daripada pengusaha industri kecil sederhana, dan kebergantungan agensi ini kepada ibu pejabat terutama dari segi sumber kewangan dan dasar yang telah ditetapkan. Penyelidik telah menjalankan analisis SWOT dan memberi beberapa strategi dan cadangan untuk mengatasi masalah-masalah tersebut. Di antara cadangan-cadangan yang telah diberikan termasuklah menjalankan program komunikasi pemasaran bersepadu, melaksanakan strategi promosi jualan dagangan, membuat perancangan dan mengawal prestasi pengusaha-pengusaha IKS, latihan kepada para pekerja dan menjana sumber kewangan sendiri.

 

Additional Files

Published

29-06-2005

How to Cite

Mohd Mokhtar, S. S., Mohamed, Z., Razalli, M. R., & Arshad, R. (2005). Analisis SWOT Komunikasi Pemasaran Bersepadu: Satu Kajian Kes. International Journal of Management Studies, 12(1), 117–139. Retrieved from https://e-journal.uum.edu.my/index.php/ijms/article/view/9201