Keanjalan Penggantian antara Kemahiran dalam Sektor Pembuatan di Malaysia

Authors

  • Rahmah Ismail Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Idris Jajri Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaysia

Keywords:

Keanjalan penggantian, modal fizikal, buruh, kemahiran, sektor pembuatan

Abstract

Maklumat tentang keanjalan penggantian antara pelbagai kategori pekerjaan dan antara kemahiran dengan modal fizikal amat perlu diketahui. Ini kerana maklumat ini dapat membantu pengusahamerancang tenaga kerja mereka pada masa depan. Maklumat ini jugapenting kepada pembuat dasar kerana kejayaan sebarang dasar yangberkait dengan perubahan harga input relatif bergantung kepada nilai keanjalan penggantian antara input tersebut. Dari segi sistem pendidikan, maklumat ini juga penting dalam merancang penawaran pendidikan yang diperlukan di pasaran. Artikel ini bertujuan menganalisis keanjalan penggantian antara modal fizikal dengan buruh dan antara pelbagai kategori kemahiran buruh, iaitu profesional, teknikal/penyeliaan, mahir, separa mahir dan tidak mahir dalam sub industri pembuatan di Malaysia berdasarkan kepada data Penyiasatan Industri Pembuatan 1985-1996. Fungsi pengeluaran keanjalan penggantian malar (CES) merupakan asas kepada kaedah penganggaran. Hasil kajian menunjukkan keanjalan penggantian dalam kebanyakan kombinasi input adalah melebihi uniti tetapi masih pada peringkat rendah. Keanjalan penggantian antara pekerja peringkat lebih tinggi dengan pelbagai kemahiran adalah lebih besar jika dibandingkan dengan kategori pekerjaan peringkat lebih rendah. Pekerja dalam industri yang lebih berintensifkan modal juga didapati mempunyai keanjalan penggantian yang lebih tinggi. Ini bermakna pekerja peringkat tinggi lebih mudah digantikan dengan pekerja lain sekiranya berlaku peningkatan harga mereka. Begitu juga pekerja dalam industri berintensifkan modal lebih mudah diganti antara satu sama lain.

 

Additional Files

Published

30-12-2004

How to Cite

Ismail, R., & Jajri, I. (2004). Keanjalan Penggantian antara Kemahiran dalam Sektor Pembuatan di Malaysia. International Journal of Management Studies, 11(2), 21–41. Retrieved from https://e-journal.uum.edu.my/index.php/ijms/article/view/9173