Nilai Ekonomi Khidmat Rekreasi Taman Pertanian Malaysia, Shah Alam

Authors

  • Jamal Othman Fakulti Ekonomi dun Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Basri Abdul Talib Fakulti Ekonomi dun Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Redzuan Othman Fakulti Ekonomi dun Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

Taman Pertanian Malaysia, Pelancongan tani, Isu Normatif, Kaedah Kos Perjalanan, Faedah Rekreasi

Abstract

Pembangunan pesat prasarana berdekatan dengan lokasi Taman Pertanian Malaysia (TPM) di Shah Alum Selangor telah menimbulkan persoalan ekonomi normatif sama ada TPM wajar terus beroperasi bagi menjayakan matlamat asal atau ditukar kepada kegunaan alternatifsejajar dengan arus pembangunan kawasan sekeliling. Kajian ini cuba menganggar nilai ekonomi faedah rekreasi di kalangan pelancong-pelancong domestik ke TPM dengan menggunakan Kaedah Kos Perjalanan. Kajian mendapati nilai faedah bersih sebanyak RM4.33 bagi setiap lawatan per pelawat. Berdasarkan kadar diskaun sosial 10%, nilai kini faedah kasar agregat dianggar sebanyak RM8.4 juta (RM6700 per hektar) manakala nilai kini faedah bersih sebanyak RM5.5 juta (RM4345 sehektar). Dapatan nilai faedah bersih bagi setiap pelawat mencadangkan perkhidmatan rekreasi TPM yang sedia ada tidak menawarkan faedah yang tinggi kepada pengunjung. Namun, TPM berpotensi menjadi destinasi pelancongan eko-tani yang berdaya maju dalam negara dun di rantau ASEAN sekiranya dilakukan usaha-usaha pembaikan yang inovatif dun radikal, termasuk meningkatkan kecekapan pengurusun TPM.

 

Additional Files

Published

05-06-2004

How to Cite

Othman, J., Abdul Talib, B., & Othman, R. (2004). Nilai Ekonomi Khidmat Rekreasi Taman Pertanian Malaysia, Shah Alam. International Journal of Management Studies, 11(1), 165–179. Retrieved from https://e-journal.uum.edu.my/index.php/ijms/article/view/9168

Most read articles by the same author(s)

1 2 > >>