PELANGGARAN DAN PENCABULAN KONTRAK PSIKOLOGI SERTA KESANNYA TERHADAP TINGKAH LAKU DEVIAN DI TEMPAT KERJA (Breach and Violation of Psychological Contract and its Effect on Workplace Deviance)

  • Rasidah Arshad UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
  • Ema Nurmaya Fakultas Ekonomi dan Bisnis, Universitas Ahmad Dahlan, Indonesia

Abstract

Tingkah laku devian di tempat kerja didapati memberi kesan negatif bukan sahaja kepada pekerja tetapi juga kepada organisasi secara keseluruhan. Dapatan kajian lepas menunjukkan anteseden atau punca yang mempengaruhi tingkah laku devian di tempat kerja terdiri daripada faktor individu iaitu faktor diri pekerja, dan faktor situasi yang berkaitan dengan organisasi. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji hubungan antara pelanggaran dengan pencabulan kontrak psikologi (sebagai faktor peramal) dengan tingkah laku devian di tempat kerja. Secara khususnya, kajian ini menghipotesiskan wujudnya hubungan langsung antara pelanggaran kontrak psikologi dengan tingkah laku devian serta hubungan tidak langsung menerusi pencabulan kontrak psikologi. Kesahan model pengukuran dan hipotesis diuji menggunakan teknik statistik Model Persamaan Berstruktur (SEM) dengan menggunakan data yang dikumpulkan daripada 477 orang jururawat di Indonesia. Selaras dengan kerangka kerja Morrison dan Robinson (1997), dapatan kajian ini menunjukkan wujudnya hubungan tidak langsung yang signifikan antara pelanggaran kontrak psikologi dengan tingkah laku devian menerusi pencabulan kontrak psikologi sebagai pemboleh ubah pengantara. Secara teorinya, kajian ini dapat menyumbang kepada literatur menerusi penggunaan teori kontrak psikologi dalam menerangkan tingkah laku devian di tempat kerja.


 

Published
2020-07-23
How to Cite
ARSHAD, Rasidah; NURMAYA, Ema. PELANGGARAN DAN PENCABULAN KONTRAK PSIKOLOGI SERTA KESANNYA TERHADAP TINGKAH LAKU DEVIAN DI TEMPAT KERJA (Breach and Violation of Psychological Contract and its Effect on Workplace Deviance). International Journal of Management Studies, [S.l.], v. 27, n. 1, p. 73-91, july 2020. ISSN 2180-2467. Available at: <http://e-journal.uum.edu.my/index.php/ijms/article/view/7860>. Date accessed: 20 sep. 2020.