KETERANGKUMAN KEWANGAN DAN PERTUMBUHAN FIRMA DI MALAYSIA DAN INDONESIA: ANALISIS REGRESI AMBANG (Financial Inclusion and Firm Growth in Malaysia and Indonesia: A Threshold Regression Analysis)

KETERANGKUMAN KEWANGAN DAN PERTUMBUHAN FIRMA

  • Zulkefly Abdul Karim Centre for Sustainable and Inclusive Development Studies (SID), Faculty of Economics and Management, UKM
  • Rosmah Nizam
  • Tamat Sarmidi Centre for Sustainable and Inclusive Development Studies (SID), Faculty of Economics and Management, UKM
  • Aisyah Abdul Rahman Centre for Sustainable and Inclusive Development Studies (SID), Faculty of Economics and Management, UKM

Abstract

Kertas ini bertujuan untuk mengkaji kesan keterangkuman kewangan terhadap pertumbuhan firma dalam kalangan firma kecil, sederhana dan besar (275 buah firma) di negara Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan teknik penganggaran regresi ambang keratan rentas. Tahap keterangkuman kewangan diukur berdasarkan agihan perkhidmatan kewangan merentasi firma iaitu akses kepada kredit. Keputusan kajian mendapati wujud kesan tidak monotonik dalam hubungan antara keterangkuman kewangan dan pertumbuhan firma, yang mana kesan keterangkuman kewangan terhadap pertumbuhan firma hanya signifikan dan positif di bawah tahap ambang. Implikasi dasar daripada kajian ini mencadangkan pemilik firma dan institusi kewangan perlu mengekang pengagihan akses kepada kredit supaya berada dalam lingkungan nilai optimum atau tahap ambang untuk menjamin pertumbuhan firma. 

 

Published
2020-07-23
How to Cite
ABDUL KARIM, Zulkefly et al. KETERANGKUMAN KEWANGAN DAN PERTUMBUHAN FIRMA DI MALAYSIA DAN INDONESIA: ANALISIS REGRESI AMBANG (Financial Inclusion and Firm Growth in Malaysia and Indonesia: A Threshold Regression Analysis). International Journal of Management Studies, [S.l.], v. 27, n. 1, p. 93-121, july 2020. ISSN 2180-2467. Available at: <http://e-journal.uum.edu.my/index.php/ijms/article/view/7641>. Date accessed: 20 sep. 2020.