MOTIVASI PEMBELAJARAN SEBAGAI PEMBOLEH UBAH PENGANTARA DALAM PERHUBUNGAN ANTARA BIMBINGAN PENYELIA DENGAN MOTIVASI KERJA (Learning Motivation as a Mediating Variable in the Relationship between Supervisory Guidance and Job Motivation)

  • Nur Izzaty Mohamad Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Azman Ismail Faculty of Economics & Management, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Mohd Nor Mohd Shariff Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan, Universiti Utara Malaysia

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk menilai perhubungan antara bimbingan penyelia, motivasi pembelajaran dan motivasi kerja. Borang soal selidik telah digunakan untuk mengumpul data daripada pekerja di Agensi-agensi Pusat Kerajaan Persekutuan Malaysia, Putrajaya. Perisian SmartPLS telah digunakan untuk menilai kualiti data borang soal selidik dan menguji hipotesis-hipotesis kajian. Keputusan analisis model laluan SmartPLS menunjukkan bahawa kesan bimbingan penyelia terhadap motivasi kerja dipengaruhi secara tidak langsung oleh motivasi pembelajaran. Dapatan kajian ini menerangkan bahawa keupayaan penyelia mengamalkan bimbingan secara teratur dalam melaksanakan operasi kerja harian dapat membangkitkan motivasi pembelajaran dalam diri pekerja. Natijahnya, motivasi ini boleh pula mendorong mereka meningkatkan motivasi kerja. Dapatan kajian ini boleh digunakan sebagai panduan oleh pengamal untuk memahami kerumitan konsep motivasi pembelajaran dan merangka pelan tindakan strategi untuk meningkatkan kemahiran kejurulatihan kepimpinan bagi mencapai dan mengekalkan matlamat dan strategi organisasi dalam era globalisasi dan ekonomi berasaskan pengetahuan.
 
Kata Kunci: Bimbingan penyelia, motivasi pembelajaran, motivasi kerja, SmartPLS.
 
 
Abstract 
 
The aim of this study is to assess the relationship between supervisors’ coach, learning motivation and job motivation. Survey questionnaires were used to collect data from employees at Malaysian Federal Government Central Agencies, Putrajaya. The SmartPLS was utilised to evaluate the quality of survey questionnaire data and hence test the research hypotheses. The outcomes of SmartPLS path model analysis display that effect of supervisors’ coach on job motivation has indirectly been affected by learning motivation. This outcome explains that the ability of supervisors to appropriately implement coaching in executing daily job operations had strongly invoked employees’ learning motivation. As a result, this motivation could lead to a higher job motivation. Further, this outcome may be used as a useful guideline to assist practitioners in upgrading their understanding of the complexity of learning motivation concept and draw strategic action plans to strengthen managerial coaching in maintaining and enhancing the organisational strategies and objectives in an era of globalisation and knowledge based economy.
 
Keywords: Supervisors’ coach, learning motivation, work motivation, SmartPLS.
Published
2020-06-25
How to Cite
MOHAMAD, Nur Izzaty; ISMAIL, Azman; MOHD SHARIFF, Mohd Nor. MOTIVASI PEMBELAJARAN SEBAGAI PEMBOLEH UBAH PENGANTARA DALAM PERHUBUNGAN ANTARA BIMBINGAN PENYELIA DENGAN MOTIVASI KERJA (Learning Motivation as a Mediating Variable in the Relationship between Supervisory Guidance and Job Motivation). International Journal of Management Studies, [S.l.], v. 26, n. 2, p. 99-124, june 2020. ISSN 2180-2467. Available at: <http://e-journal.uum.edu.my/index.php/ijms/article/view/10521>. Date accessed: 13 aug. 2020.