PERANAN KOMITMEN KESELAMATAN TERHADAP HUBUNGAN ANTARA AMALAN PENGURUSAN KESELAMATAN PENGETAHUAN KESELAMATAN DENGAN INISIATIF KESELAMATAN (THE ROLE OF SAFETY COMMITMENT IN THE RELATIONSHIP BETWEEN SAFETY MANAGEMENT PRACTICE, SAFETY KNOWLEDGE AND SAFETY I

  • Mazliah Abdul Rahman Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan, Universiti Utara Malaysia
  • Fadzli Shah Abdul Aziz Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan, Universiti Utara Malaysia

Abstract

Komitmen keselamatan dan prestasi keselamatan telah banyak dibincangkan dalam kajian lepas. Komitmen keselamatan dan gelagat keselamatan dapat mempengaruhi tata amalan keselamatan di tempat kerja. Kajian ini dijalankan untuk menilai peranan komitmen keselamatan pesawah bagi meningkatkan amalan keselamatan agar sentiasa bertindak dengan selamat dan sihat semasa bekerja. Kajian ini melibatkan 745 pesawah yang berdaftar dengan Jabatan Pertanian di Semenanjung Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik secara panduan (guided questionnaire) dan dapatan menunjukkan semua hipotesis mempunyai hubungan yang signifikan terhadap inisiatif keselamatan. Komitmen keselamatan mempunyai hubungan yang sangat kuat dengan inisiatif keselamatan berbanding amalan pengurusan keselamatan. Manakala, peranan komitmen sebagai pengantara terhadap hubungan antara amalan pengurusan keselamatan dengan inisiatif keselamatan juga turut memberikan kesan yang signifikan. Oleh itu, komitmen keselamatan pesawah perlu dikenalpasti sebelum merancang program keselamatan yang bersesuaian dengan keperluan pesawah supaya dapat mendorong mereka untuk meningkatkan sikap dan tindakan proaktif terhadap keselamatan.


Kata kunci: Pesawah padi, komitmen keselamatan, amalan pengurusan keselamatan, pengetahuan keselamatan, inisiatif keselamatan.

Published
2019-12-15
How to Cite
ABDUL RAHMAN, Mazliah; ABDUL AZIZ, Fadzli Shah. PERANAN KOMITMEN KESELAMATAN TERHADAP HUBUNGAN ANTARA AMALAN PENGURUSAN KESELAMATAN PENGETAHUAN KESELAMATAN DENGAN INISIATIF KESELAMATAN (THE ROLE OF SAFETY COMMITMENT IN THE RELATIONSHIP BETWEEN SAFETY MANAGEMENT PRACTICE, SAFETY KNOWLEDGE AND SAFETY I. International Journal of Management Studies, [S.l.], v. 25, n. 2, p. 111-126, dec. 2019. ISSN 2180-2467. Available at: <http://e-journal.uum.edu.my/index.php/ijms/article/view/10503>. Date accessed: 27 sep. 2020.