Kaedah Pengurusan Harta Wakaf oleh Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK): Pelaksanaan Pajakan untuk 99 Tahun

Authors

  • Azizan Abdul Rahman Pusat Pengajian Perniagaan Islam Universiti Utara Malaysia
  • Hydzulkifli Hashim Omar Pusat Pengajian Perniagaan Islam Universiti Utara Malaysia
  • Mohd Sollehudin Shuib Pusat Pengajian Perniagaan Islam Universiti Utara Malaysia

Keywords:

Pengurusan Harta Wakaf, Pajakan 99 tahun, Majlis Agama Islam Kedah (MAIK)

Abstract

Artikel ini membincangkan tentang kaedah pengurusan harta wakaf yang dilaksanakan Oleh Majlis Agama Islam Kedah (MAIK). Terdapat pelbagai kaedah pembangunan yang telah digunakan oleh MAIK untuk tujuan pengurusan yang optimal antaranya kaedah sewaan, istibdal, B.O.T (Build Operate Transfer), Pajakan 99 tahun, RMK-9 (Rancangan Malaysia Ke-9) dan juga kaedah usahasama. Kajian ini memfokuskan kaedah pajakan 99 tahun yang telah diamalkan oleh MAIK untuk menguruskan harta wakaf yang berada dibawah seliaannya. Perbahasan dari segi fiqh juga diutarakan dalam kajian ini yang berkisar tentang kaedah pajakan tanah untuk tempoh 99 tahun. Hasil perbincangan ini kelak akan membolehkan institusi wakaf dinegeri lain menjadikan ianya sebagai acuan dalam usaha memartabatkan kelestarian harta wakaf yang diselia.   Kata kunci: Pengurusan Harta Wakaf, Pajakan 99 tahun, Majlis Agama Islam Kedah (MAIK)

Additional Files

Published

27-06-2016

How to Cite

Abdul Rahman, A., Omar, H. H., & Shuib, M. S. (2016). Kaedah Pengurusan Harta Wakaf oleh Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK): Pelaksanaan Pajakan untuk 99 Tahun. International Journal of Management Studies, 23(1), 73–89. Retrieved from https://e-journal.uum.edu.my/index.php/ijms/article/view/10467