Pengurusan Kewangan Dana Masjid: Satu Kajian di Daerah Kubang Pasu, Kedah

Authors

  • Hydzulkifli Hashim Omar Pusat Pengajian Perniagaan Islam Universiti Utara Malaysia
  • Mohd Yazid Isa Pusat Pengajian Perniagaan Islam Universiti Utara Malaysia
  • Noraini Yusuff Pusat Pengajian Perniagaan Islam Universiti Utara Malaysia

Abstract

Makalah ini bertujuan menilai kaedah pengurusan kewangan masjid yang terdapat di daerah Kubang Pasu, Kedah. Kajian dijalankan bersandarkan dua metode, iaitu analisis dokumen dan kajian lapangan. Analisis dokumen digunakan sebagai metode utama untuk pengumpulan data yang terdiri daripada data buku, kertas persidangan dan artikel jurnal. Metode kedua merupakan kajian lapangan temu bual dan soal selidik dijalankan terhadap 26 responden yang terlibat dalam pengurusan masjid seperti pengerusi, setiausaha, bendahari, imam, bilal, dan siak. Hasil kajian mendapati masjid di Kubang Pasu, Kedah memperoleh pendapatan melalui pengumpulan dana (sedekah) yang merangkumi hampir 80% daripada sumber perolehan. Purata kutipan daripada pengumpulan dana di sesebuah masjid menjangkau sehingga RM 3,700 setiap bulan. Dapatan kajian juga menunjukkan pengurusan kewangan masjid di daerah Kubang Pasu mempunyai pola pengurusan pendapatan dan pengurusan perbelanjaannya yang tersendiri. Dari aspek pengurusan pendapatan, masjid di daerah Kubang Pasu telah membahagikan pendapatan kepada dua kategori, iaitu dana am dan dana khas. Pengurusan perbelanjaan pula dibahagikan kepada tiga kategori yang utama, iaitu idariyah, ijtimaiyah dan tijariyyah. Hasil kajian ini diharap dapat memberi panduan kepada pembuat dasar seperti Majlis Agama Islam Negeri untuk merangka beberapa garis panduan yang boleh menguatkan aktiviti masjid.    

Additional Files

Published

29-12-2015

How to Cite

Omar, H. H., Isa, M. Y., & Yusuff, N. (2015). Pengurusan Kewangan Dana Masjid: Satu Kajian di Daerah Kubang Pasu, Kedah. International Journal of Management Studies, 22(2), 115–134. Retrieved from https://e-journal.uum.edu.my/index.php/ijms/article/view/10455