Kerangka Konseptual Keadilan Islam dalam Pelaksanaan Penilaian Prestasi

Authors

  • Ab Aziz Yusof UUM College of Business Universiti Utara Malaysia

Keywords:

Penilaian prestasi, keadilan, keadilan Islam dan Islam

Abstract

Memanipulasi, mempolitik dan berlakunya pilih kasih adalah antara isuisu berkaitan keadilan organisasi dalam pelaksanaan penilaian prestasi yang telah lama dibincangkan oleh ahli akademik dan pengamal organisasi. Mereka sedar aspek keadilan harus diberi keutamaan kerana merupakan jalan penyelesaian kepada pelbagai permasalahan yang dihadapi di sepanjang proses pelaksanaannya. Bagi mereka, keadilan wujud apabila pekerja percaya mereka telah menerima ganjaran yang setimpal dengan sumbangan yang telah diberikan. Sungguhpun aspek keadilan telah diberi keutamaan tetapi masalah berkaitan dengan pelaksanaannya terus berlaku. Sehubungan dengan ini, pengkaji ingin meninjau kelebihan keadilan Islam yang seharusnya diaplikasikan sebagai satu usaha untuk membangunkan sistem penilaian prestasi yang lebih baik. Objektif kertas kerja ini bertujuan untuk meneroka keperluan keadilan Islam sebagai gantian terhadap jalan penyelesaian permasalahan ini. Keadilan Islam harus dilihat sebagai mekanisme yang mampu menghindarkan penilai daripada melakukan eksploitasi, memanipulasi dan mempolitikkan fakta, menyalahgunakan kuasa dan bertindak untuk kepentingan diri yang diterima sebagai sumber kepada kitaran ganas dalam pelaksanaan penilaian prestasi. Kajian seperti ini seharusnya diberi keutamaan dalam penyelidikan pada masa depan kerana menyedari permasalahan ini telah begitu lama dihadapi.   Kata kunci: Penilaian prestasi, keadilan, keadilan Islam dan Islam.

Additional Files

Published

30-12-2014

How to Cite

Yusof, A. A. (2014). Kerangka Konseptual Keadilan Islam dalam Pelaksanaan Penilaian Prestasi. International Journal of Management Studies, 21(2), 83–110. Retrieved from https://e-journal.uum.edu.my/index.php/ijms/article/view/10413