Perspektif Persekitaran Rogers dengan Penerimaan Teknologi dan Umur Sebagai Moderator

Authors

  • Surendran Sankaran Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden Universiti Utara Malaysia
  • Norazlinda Saad Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden Universiti Utara Malaysia

Keywords:

Pendifusian teknologi, perisian kursus, tahap penerimaan

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh faktor perspektif persekitaran Rogers dengan penerimaan teknologi perisian kursus serta mengkaji peranan umur sebagai moderator. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan. Populasi kajian ini adalah 490 orang guru Matematik yang mengajar Tingkatan 1 di Sekolah Menengah Kebangsaan harian. Sampel kajian ini telah dipilih dengan menggunakan persampelan kluster dan persampelan rawak. Soal selidik kajian ini diadaptasi dari sumber-sumber lain dan mengandungi 15 item. Soal selidik kajian ini mempunyai tahap kebolehpercayaan yang tinggi dengan nilai Alpha 0.96. Data kuantitatif dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif, Korelasi Pearson dan Analisis Regresi Berganda. Berdasarkan Jadual Peringkat Penerimaan oleh Moersch (1995), guru Matematik yang mengajar Tingkatan 1 berada pada peringkat penerapan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor perspektif persekitaran mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap tahap penerimaan perisian kursus. Analisis regresi berganda hierarki menunjukkan pemboleh ubah umur, sebagai moderator telah memberi pengaruh yang signifikan terhadap hubungan antara faktor perspektif persekitaran dengan tahap penerimaan perisian kursus. Kajian ini menjelaskan bahawa interaksi antara umur guru dengan faktor perspektif persekitaran perlu diberi penekanan dalam pendifusian inovasi tersebut supaya dapat meningkatkan lagi tahap penerimaan perisian kursus.   Kata kunci: Pendifusian teknologi, perisian kursus, tahap penerimaan.

Additional Files

Published

30-06-2014

How to Cite

Sankaran, S., & Saad, N. (2014). Perspektif Persekitaran Rogers dengan Penerimaan Teknologi dan Umur Sebagai Moderator. International Journal of Management Studies, 21(1), 127–146. Retrieved from https://e-journal.uum.edu.my/index.php/ijms/article/view/10408