Penilaian Prestasi Maklum Balas 360 Darjah dari Perspektif Islam: Satu Tinjauan

Authors

  • Ab. Aziz Yusof School of Business Management Universiti Utara Malaysia

Keywords:

Penilaian prestasi, penilaian prestasi Maklum Balas 360 Darjah, penilaian prestasi Maklum Balas 360 Darjah dari perspektif Islam

Abstract

Penilaian prestasi merupakan nadi kepada kehidupan organisasi serta fungsi penting dalam pengurusan sumber manusia. Pelaksanaannya sering diselubungi oleh pelbagai masalah psikososial yang menyebabkan berlakunya konflik, ketidakpuasan, kebimbangan, tekanan, ketandusan upaya dan lainlain. Tanggapan ketidakadilan dalam pelaksanaan dan pengaruh politik pejabat merupakan punca utama kepada permasalahan ini. Bagi berhadapan dengan masalah ini, pelbagai kaedah penilaian prestasi telah diperkenalkan antaranya ialah Maklum Balas 360 Darjah. Walau bagaimanapun, didapati pelaksanaan kaedah ini juga masih lagi terdedah kepada pelbagai kelemahan yang berpunca daripada kesilapan manusia (human errors). Menyedari permasalahan yang dihadapi, kertas kerja ini cuba meneroka pendekatan penilaian prestasi Maklum Balas 360 Darjah daripada perspektif Islam sebagai gantian kepada kaedah konvensional. Kertas kerja ini akan membincangkan justifi kasi keperluan kepada pendekatan Islam, pelakupelaku yang terlibat dalam pelaksanaannya serta ciri-ciri yang perlu ada pada pendekatan penilaian prestasi Maklum Balas 360 Darjah daripada perspektif Islam.   Kata kunci: Penilaian prestasi, penilaian prestasi Maklum Balas 360 Darjah, penilaian prestasi Maklum Balas 360 Darjah dari perspektif Islam.

Additional Files

Published

30-06-2013

How to Cite

Yusof, A. A. (2013). Penilaian Prestasi Maklum Balas 360 Darjah dari Perspektif Islam: Satu Tinjauan. International Journal of Management Studies, 20(1), 203–230. Retrieved from https://e-journal.uum.edu.my/index.php/ijms/article/view/10386