Pengurusan Pembangunan Harta Wakaf: Pengalaman Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) Terhadap Wakaf Seetee Aishah

Authors

  • Hydzulkifli Hashim Islamic Business School Universiti Utara Malaysia
  • Asmak Ab. Rahman Faculty of Syariah & Economics Universiti Malaya

Keywords:

Pembangunan harta wakaf, Majlis Agam a Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), pelaburan harta wakaf

Abstract

Terdapat beberapa kaedah yang boleh dipraktikkan untuk memproduktifkan aset wakaf. Hal ini termasuk aktiviti seperti, menyewakan aset wakaf kepada pihak yang berkepentingan dan melakukan aktiviti ekonomi dalam pelbagai bidang seperti bidang pertanian dan penternakan. Sekiranya kesemua kaedah tersebut tidak sesuai dipraktikkan, nazir hendaklah mencari alternatif lain agar tanah tersebut dapat diproduktifk an. Pemegang amanah wakaf juga seharusnya peka terhadap potensi sesebuah tanah wakaf yang berada di bawah jagaannya agar dapat dioptimunkan penggunaannya. Oleh itu, pelaburan hartanah merupakan salah satu alternatif yang boleh dilakukan untuk tujuan membangunkan tanah wakaf. Pelaburan hartanah terhadap harta wakaf dapat dibuat dengan cara pembinaan bangunan secara komersil seperti pasar raya, tempat penginapan (hotel) dan juga taman perumahan. Dengan ini penciptaan aset wakaf baru akan terhasil setelah tanah wakaf tersebut dibangunkan. Penyelidikan ini dilakukan untuk mengkaji kaedah pembangunan secara komersil yang telah dilakukan oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) terhadap salah sebuah tanah wakaf (waqaf Seetee Aishah) yang terletak di Seberang Jaya, Pulau Pinang. Dengan kepakaran pengurusan yang ada dipihak MAINPP serta kerjasama daripada UDA Holdings Berhad, tanah wakaf Seetee Aishah telah berjaya diproduktifkan dengan pembinaan sebuah taman perumahan yang dikenali sebagai taman perumahan wakaf Seetee Aishah.   Kata kunci: Pembangunan harta wakaf, Majlis Agam a Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), pelaburan harta wakaf.

Additional Files

Published

30-12-2012

How to Cite

Hashim, H., & Ab. Rahman, A. (2012). Pengurusan Pembangunan Harta Wakaf: Pengalaman Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) Terhadap Wakaf Seetee Aishah. International Journal of Management Studies, 19(2), 103–123. Retrieved from https://e-journal.uum.edu.my/index.php/ijms/article/view/10374