Pengaruh Sikap dan Norma Subjektif Terrhadap Niat Gelagat Kepatuhan Cukai Jualan Tempatan

  • Zainol Bidin UUM College of Business Universiti Utara Malaysia
  • Zolkafli Hussin UUM College of Business Universiti Utara Malaysia
  • Shalihen Mohd Salleh UUM College of Business Universiti Utara Malaysia

Abstract

Literatur cukai lalu menyentuh tentang banyak pemboleh ubah yang boleh mempengaruhi gelagat kepatuhan cukai terutama yang berkaitan dengan cukai langsung. Namun begitu, pemboleh ubah niat gelagat tidak banyak digunakan sebagai tumpuan utama sedangkan ia dikenal pasti sebagai pemboleh ubah anteseden bagi gelagat kepatuhan. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti pemboleh ubah yang mempengaruhi niat gelagat kepatuhan cukai jualan tempatan, iaitu salah satu komponen cukai tidak langsung. Teori Tindakan Beralasan (Theory of Reasoned Action) yang dibangunkan oleh Fishbein dan Ajzen (1975) digunakan sebagai asas kajian. Sejumlah 338 pelesen cukai jualan tempatan di Semenanjung Malaysia telah terlibat sebagai responden kajian. Kaedah regresi berganda digunakan bagi melihat hubung kait antara sikap dan norma subjektif terhadap niat gelagat kepatuhan. Hasil kajian mendapati bahawa pemboleh ubah sikap dan norma subjektif masing-masing mempengaruhi secara positif dan signifi kan terhadap niat gelagat. Sikap dan norma subjektif dapat menerangkan 64% varian dalam niat gelagat kepatuhan cukai jualan tempatan. Implikasi dan cadangan terhadap pembuat dasar turut dibincangkan.
 
Kata kunci: Sikap, norma subjektif, niat gelagat, cukai jualan tempatan.
Published
2011-12-29
How to Cite
BIDIN, Zainol; HUSSIN, Zolkafli; MOHD SALLEH, Shalihen. Pengaruh Sikap dan Norma Subjektif Terrhadap Niat Gelagat Kepatuhan Cukai Jualan Tempatan. International Journal of Management Studies, [S.l.], v. 18, n. 2, p. 237-251, dec. 2011. ISSN 2180-2467. Available at: <http://e-journal.uum.edu.my/index.php/ijms/article/view/10357>. Date accessed: 13 july 2020.