Persekitaran Stesen Kerja dan Niat Untuk Berhenti

  • Zafir Mohd Makhbul Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Fazilah Mohamad Hasun Fakulti Pengurusan dan Muamalah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

Abstract

Penyelidikan ini bertujuan memberikan bukti empirikal tentang perhubungan antara faktor persekitaran stesen kerja dengan niat untuk berhenti. Sampel seramai 500 operator pengeluaran telah dipilih daripada sebelas organisasi perkilangan elektronik yang berdaftar dengan Malaysian International Chamber of Commerce and Industry (MICCI) dengan menggunakan kaedah persampelan rawak berstrata berkadaran. Kaedah soal selidik digunakan dalam proses pengumpulan data kajian ini. Analisis regresi linear berbilang menunjukkan 59.1 peratus perubahan dalam niat untuk berhenti disebabkan oleh hubungannya dengan persekitaran stesen kerja. Analisis regresi linear berbilang secara terperinci menunjukkan hanya faktor reka bentuk ruang kerja dan tempoh masa bekerja sahaja yang signifi kan dengan niat untuk berhenti (p<0.01). Faktor pengudaraan, sistem bunyi dan pencahayaan tidak signifi kan dengan niat untuk berhenti. Penemuan kajian ini menunjukkan bahawa faktor reka bentuk ruang kerja dan tempoh masa bekerja memainkan peranan penting dalam meminimumkan niat untuk berhenti daripada organisasi. Persekitaran stesen kerja yang selesa boleh meningkatkan tahap daya saing pekerja dan menjamin modal insan yang cekap dan berkesan.
 
Kata kunci: Stesen kerja, ergonomik, stres, niat untuk berhenti, perkilangan.
 
Published
2011-12-29
How to Cite
MOHD MAKHBUL, Zafir; MOHAMAD HASUN, Fazilah. Persekitaran Stesen Kerja dan Niat Untuk Berhenti. International Journal of Management Studies, [S.l.], v. 18, n. 2, p. 165-184, dec. 2011. ISSN 2180-2467. Available at: <http://e-journal.uum.edu.my/index.php/ijms/article/view/10353>. Date accessed: 13 july 2020.