Impak Perbelanjaan Pelancong Antarabangsa Kepada Ekonomi Malaysia

Authors

  • Norlida Hanim Mohd Salleh Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Redzuan Othman Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Abdul Hamid Jaafar Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

Pelancongan Malaysia, impak ekonomi, pengganda, analisis Input-Output

Abstract

Peningkatan perbelanjaan pelancong akan membawa kesan kepada meningkatnya permintaan akhir barangan dan perkhidmatan negara yang dilawati. Keadaan ini mempengaruhi atau memberi kesan kepada peningkatan tingkat keluaran dan pendapatan, serta kutipan cukai kerajaan daripada sektor tersebut. Sesetengah keperluan pelancong merupakan barang akhir atau barangan yang menggunakan asas input yang diimport. Ini bermakna perbelanjaan mereka juga merangsang peningkatan import. Kajian ini membincangkan secara konseptual dan disusuli secara praktikal bagi menganggarkan impak sebenar yang terhasil daripada perbelanjaan pelancong. Bagi tujuan tersebut kaedah Input-Output (I-O) akan digunakan. Untuk menggunakan kaedah ini, Jadual I-O yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia yang merujuk kepada I-O 2000 telah diagregatkan mengikut kesesuaian kajian. Hasil kajian mendapati beberapa subsector pelancongan seperti hotel dan restoran, borong dan runcit, pengangkutan serta sektor pembuatan yang bukan merupakan subsektor pelancongan adalah antara sektor utama penjana ekonomi keseluruhan. Nilai pengganda bagi keluaran, pendapatan dan kutipan cukai kerajaan yang dicatatkan berada pada kadar yang memberangsangkan (10–50 peratus). Sungguhpun perbelanjaan pelancongan secara keseluruhan menyebabkan import barang dan perkhidmatan dari luar negara meningkat, namum peningkatan import adalah sekitar 20 peratus sahaja. Hasil kerja ini dapat dijadikan panduan dalam membina polisi pelancongan serta membantu pelajar lebih memahami keterkaitan yang wujud dalam sebuah sistem ekonomi.   Kata Kunci: Pelancongan Malaysia, impak ekonomi, pengganda, analisis Input-Output.  

Additional Files

Published

30-06-2011

How to Cite

Mohd Salleh, N. H., Othman, R., & Jaafar, A. H. (2011). Impak Perbelanjaan Pelancong Antarabangsa Kepada Ekonomi Malaysia. International Journal of Management Studies, 18(1), 217–238. Retrieved from https://e-journal.uum.edu.my/index.php/ijms/article/view/10208

Most read articles by the same author(s)