Indeks Modal Sosial dan Agihan Pendapatan di Malaysia

Authors

  • Mohd. Nasir Mohd. Saukani Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Rahmah Ismail Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Ishak Yussof Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

Modal sosial, modal manusia, indeks modal sosial, indeks modal manusia, agihan pendapatan

Abstract

Makalah ini bertujuan untuk melihat pengaruh modal sosial terhadap agihan pendapatan isi rumah antara wilayah di Malaysia. Modal yang bersifat subjektif dan “intangible†ini dirujuk sebagai “relational embeddedness†yang akan memudahkan kerjasama dilakukan di antara individu atau kumpulan untuk mencapai matlamat tertentu. Pencapaian matlamat ini akan berlaku melalui kombinasi ciri modal sosial, iaitu kepercayaan, jaringan/hubungan dan norma hidup individu atau kumpulan. Analisis dalam makalah ini adalah berdasarkan kepada 4003 isi rumah yang telah ditemu bual pada 2007/2008 di seluruh Semenanjung Malaysia. Melalui pembentukan model dengan menggunakan peratus pendapatan setiap isi rumah sebagai pengukur agihan pendapatan, pengaruh modal social terhadap agihan pendapatan isi rumah akan dianalisis menggunakan indeks modal sosial yang telah dibangunkan. Pemboleh ubah modal manusia seperti tahap pendidikan, latihan, pengalaman kerja dan kesihatan serta demografi dan wilayah juga diambil kira dalam penganggaran model ini. Kajian ini mendapati modal sosial memberi impak yang positif terhadap agihan pendapatan walaupun pengaruhnya lebih kecil berbanding pengaruh modal manusia.

 

Additional Files

Published

29-12-2010

How to Cite

Mohd. Saukani, M. N., Ismail, R., & Yussof, I. (2010). Indeks Modal Sosial dan Agihan Pendapatan di Malaysia. International Journal of Management Studies, 17(2), 253–274. Retrieved from https://e-journal.uum.edu.my/index.php/ijms/article/view/10008

Most read articles by the same author(s)