INISIATIF DAN INOVASI INSTITUSI ZAKAT ERA PENDEMIK COVID-19 – SATU PENELITIAN TERHADAP LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH (LZNK)

  • Hazwan Syah Niezam Abdul Haniff Othman Yeop Graduate Business School, Universiti Utara Malaysia
  • Muhammad Nor Habibi Hj Long Islamic Business School, Universiti Utara Malaysia
  • Nor Hayati Ahmad Islamic Business School, Universiti Utara Malaysia

Abstract

Peranan Intitusi Zakat ialah memastikan tujuan pensyariatan zakat dapat dirasai oleh umat manusia, ia bukan sahaja menyentuh aspek ibadah, tetapi juga aspek manfaat kepada kehidupan manusia. Justeru, peranan institusi zakat perlu diperkasakan dari masa ke masa. Situasi covid-19 menyaksikan banyak perubahan dan ramai yang terkesan dari sudut kesihatan mahupun ekonomi. Oleh demikian, institusi zakat, tanpa inisiatif dan inovasi tidak mungkin dapat memainkan peranan dengan efektif dalam menangani cabaran dan membantu kumpulan asnaf sedia ada dan juga kumpulan asnaf baharu dan miskin relatif dalam era covid-19. Justeru, objektif kajian ialah mengenalpasti cabaran dan inovasi yang dilakukan oleh institusi zakat di Malaysia. Kajian mendapati sangat sedikit institusi zakat yang terlibat dalam inovasi dan di antaranya, Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) yang terkehadapan. Sehubungan itu, LZNK telah di pilih untuk memenuhi objektif kajian ini. Kaedah yang digunakan merangkumi penelitian teks, laporan dan temubual. Hasil kajian menunjukkan LZNK telah mengambil inisiatif pragmatik dan memperkenalkan inovasi yang berkesan dalam memperkasakan peranan institusi zakat untuk mencapai tuntutan Maqasid Al-Shariah. Hasil kajian ini di harap dapat menyumbang ilmu baru dan menjadi rujukan kepada berbagai pihak di dalam dan di luar negara bagaimana sesebuah institusi zakat dapat memainkan peranan melangkaui peranan tradisinya dengan anjakan pradigma dalam pengurusan dan inovasi dalam operasinya.

References

Abdul Hafiz Farghali Ali al-Qarni, Az-zakah wa hajatul ‘asr, Dar Sohwah, Kaherah, 1989
Abdul Rahman As-Sa’di, Taysiir Al-Karim Al-Rahman, Dar As-Salam, Riyadh, Arab Saudi, 2002
At-thobari, Jaamiul Bayan, Muassasah Risalah, Beirut, 1994
Dr. Abdul Hamid Mahmoud Al-Ba’li, Iqtisodiyyat Az-Zakah, Dar As-Salam, Kaherah, 1991,
Ibnu Katsir, Tafsir al-Quranul a’zhim, Muassasah Qurthubah, Giza, 2000
Qardhawi. 1985(n.d.). فقه الزكاة للقرضاوي.
Ahmad Suki Che Mohamed Arif, Azman Ta’a, Muhammad Shakirin Shaari and Jasni Ahmad (2021). JCA: An Application Model for Asnaf Identification and Reporting
Hasbullah, N. A., & Ab Rahman, A. (2020). Peranan Pemegang Taruh dalam Menjaga Kebajikan Ekonomi Rakyat Semasa Pandemik COVID-19 dari Perspektif Ekonomi Islam. The Journal of Muamalat and Islamic Finance Research, 17, 71–89. https://doi.org/10.33102/jmifr.v17i3.285
Ibrahim, M. F. (2020). Pandemik covid-19 dan implikasi terhadap institusi zakat di Malaysia sebagai institusi kewangan sosial islam. E-Prosiding Seminar Kewangan Islam Kebangsaan, November.
Laporan : Sekretariat Majlis Tindakan Ekonomi (AEC) (2021)
Laporan : Berita dan isu semasa impak covid 19 kepada ekonomi, rujukan 22 – 25 januari 2021, Jabatan Perangkaan Malaysia
https://www.insken.gov.my/
(https://www.insken.gov.my/article/kesan-pandemik-covid-19-kepada-usahawan/)
(https://www.ukm.my/dradib/covid-19-dan-ekonomi-negara/)
https://kisahzakatmalaysia.wordpress.com/
Rujukan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK)
Published
2021-12-31
How to Cite
ABDUL HANIFF, Hazwan Syah Niezam; HJ LONG, Muhammad Nor Habibi; AHMAD, Nor Hayati. INISIATIF DAN INOVASI INSTITUSI ZAKAT ERA PENDEMIK COVID-19 – SATU PENELITIAN TERHADAP LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH (LZNK). International Journal of Islamic Business, [S.l.], v. 6, n. 2, p. 1-14, dec. 2021. ISSN 0127-662X. Available at: <http://e-journal.uum.edu.my/index.php/ijib/article/view/ijib2021.6.2.1>. Date accessed: 19 jan. 2022. doi: https://doi.org/10.32890/ijib2021.6.2.1.
Section
Articles